Ukm Asean Art Festival julung-julung kali diadakan
pada 19 November 2016 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak kali ke-5
yang telah dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Festival ini telah mendapat penyertaan dari pelajar-pelajar serata Asia
Tenggara seperti Thailand, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Laos. Festival ini
bertemakan kepahlawanan dan setiap negara yang menyertai menonjolkan kehebatan
semangat cintakan negara didalam persembahan mereka pada malam tersebut dalam
bentuk lakonan, nyanyian, tarian, serta alunan muzik tradisional masing.
Para peserta UKM Asean
Art Festival telah berkampung di Universiti Kebangsaan Malaysia selama seminggu
bagi menjalani program yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Perkampungan
mereka banyak didedahkan dengan keunikkan dan kepelbagain budaya di Malaysia
yang terdiri dari berbilang kaum dan bangsa. Kepelbagaian ini telah menarik
minat mereka untuk terus meneroka dan mengetahui tentang keunikkan Malaysia.
Ini telah membuktikan penganjuran UKM Asean Art Festival telah membuka mata
pihak luar Malaysia merupakan negara yang kaya dengan budaya dan kepelbagaiannya.
Acara pada malam tersebut
bermula pada jam 8.30 malam dengan perarakan barisan dif kehormat. Majlis
diteruskan lagi dengan acara pembukaan dengan perarakan masuk dari
pelajar-pelajar serta tenaga pengajar Pusat Kebudayaan membawa simbolik sultan
yang mencemar duli bersama-sama rakyat.Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan
persembahan silat serta iringan nyanyian lagu Semerah Padi dan bacaan puisi
yang begitu bersemangat.Kemudian, pengenalan peserta-peserta yang terlibat.Fokus
acara telah beralih ke pengacara majlis yang begitu menyeronokkan dengan
interaksi dengan penonton serta sambutan yang diberi oleh para penonton sangat
menggalakkan
Acara diterusakan lagi
dengan persembahan daripada peserta Thailand yang mengalunkan lagu dengan
alat-alat muzik yang mengasyikkan untuk mengiringi tarian solo yang membawa
masuk tersendiri serta tiga pasangan penari yang begitu bersemangat. Persembahan
daripada pesrta Indonesia juga tidak kurang hebatkan dengan nynyian Ayam Den
Lapeg yang mampu mencuit hati penonton kerana rata-rata penonton tahu tentang
lagu tersebut dan bersama-sama menyanyikannya dan diserikan dengan tarian yang
asyik mengikut rentak.
Tumpuan penonton terus
dicuri dengan persembahan dari peserta-peserta Vietnam yang energetik tapi
mampu membuai emosi kerana membawa
maksud yang mendalam tarian dipersembahkan dan diselit dengan nyanyian
lagu patriotism negara mereka. Selain itu, peresmbahan daripada peserta Laos
yang menyanyikan lagu dengan Bahasa ibumda mereka. Biarpun bahasa tidak dapat
difahami tetapi jiwa dan emosi yang cuba disampaikan mampu membuat seiisi
deawan memberi fokus kepadanya. Peserta daripada Filipina tidak kurang hebatnya
dengan mengisi persembahan mereka denagn tarian-tarian yang unik dan baru bagi
rakyat Makaysia kerana tidak pernah dipertontonkan di Malaysia.Setiap tarian
yang disampaikan mempunyai maksud tersendiri dan menjadi kebanggaan rakyat
Filipina kerana keunikan budaya mereka. Slot terakhir diisi oleh Artisukma
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang mewakili Malaysia.Persembahan
mereka dimulakan dengan penceritaan zaman kesultanan melayu Melaka seterunya
persembahan silat dan tarian zapin yang begitu menarik dan segar susunan
lenggoknya.Acara pada malam itu ditutup dengan persembahan daripada pelajat
antaranbangsa UNITEN yang fasih berbahasa Melayu daripada Sudan dengan
menyanyikan lagu Ghazal Untuk Rabiah bersama wakil pelajar UKM .Sebelum majlis
berakhir peserta yang terlibat diberi penghargaan dengan penyampaian
cenderamata untuk mereka oleh dif kehormat.
Penganjuran program
seperti ini sangat bagus bagi mengangkat budaya di Malaysia ke luar negara serta memberi kesedaran kepada masyarakat di Malaysia budaya tidak akan
dapat dilupuskan kerana ia sentiasa tercatat dalam sejarah sesebuah
negara.Budaya juga sesuatu untuk dibanggakan bukan dilupakan kerana keunikan
tersendiri.Program ini juga telah membuka mata setiap orang terutamanya pelajar
tentang kepentingan budaya bukan sekadar memperkenalkan negara ke peringkat
antarabangsa tetapi menjadi titik permulaan perpaduan antara negara di dunia.
Ini telah dibuktikan dengan keberkesanan dan kejayaan UKM Asean Art Festival
yang menyatukan beberapa buah negara di Asia Tenggara hanya dengan objektif
utamanya memartabatkan budaya.
Dari segi penambahbaikan
program seperti ini adalah dengan membuat penganjuran bukan sekadar di
peringkat Asia Tenggara tetapi Asia atau lebih tinggi dengan promosi yang lebih
efektif dan kolabrasi dengan persatuan-persatuan kebudayaan lain atau pihak
kerajaan bagi menjayakan program yang mampu memberi impak bukan sekadar di
Malaysia tapi pentas dunia
p/s: Nampak tak usaha nak tulis macam buletin baru belajar kita manfaatkan...