Universiti merupakan sesuatu yang sangat baru bagi soley. Dulunya pandangan nya lain dan berbeza setelah berada ditempatnya. Dalam bayangan segalanya mudah tetapi itu sekadar bayangan di awangan yang belum tentu menjadi kenyataan...huhu
Walaupun segalanya lari dari apa yang aku bayangankan tetapi hidup harus diteruskan.... Soley sangan seronok menjadi salah seorang daripada mahasiswa UKM acehhh hahahah. Terlampau banyak mutiara yang aku boleh kutip dekat sini sampai tak tahu nak kutip yang mana ahahahah. Walaupun kadang-kadang lemas mencari mutiara tetapi masih ada penyelamat yang sedia menarik aku ke atas dan berkongsi mutiara yang dimiliki. Soley sangat besyukur dikurniakan orang sekeliling yang sangat memahami dan membantu baik yang sebaya mahupun yang lagi tua.
Lagi satu yang soley belajar dekat sini peluang sentiasa berlalu di depan kita tapi segalanya terletak di tangan kita sama ada untuk mencapainya atau biarkan ia berlalu pergi bagai air sungai yang berlalu walaupun ada halangannya. Tetapi peluang bukan semua yang kau boleh ambil dan bersamnya. Kadangkala dia milik orang lain.
Universiti adalah dunia yang sangat asing bagi soley jika dikembalikan masa beberapa bulan yang lalu tapi kini ianya adalah kehidupan yang perlu soley lalui mengikut aturan yang betul. Satu langakh tersilap carilah tempat untuk berpaut untuk kembali ke laluan yang betul atau jika mampu berdirilah kembali dengan tulang empat kerat yang dimilikki untuk berada di puncak
No comments:
Post a Comment