Monday, 28 November 2016

5th Asean Art Festival


  Ukm Asean Art Festival julung-julung kali diadakan pada 19 November 2016 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak kali ke-5 yang telah dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Festival ini telah mendapat penyertaan dari pelajar-pelajar serata Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Laos. Festival ini bertemakan kepahlawanan dan setiap negara yang menyertai menonjolkan kehebatan semangat cintakan negara didalam persembahan mereka pada malam tersebut dalam bentuk lakonan, nyanyian, tarian, serta alunan muzik tradisional masing.
Para peserta UKM Asean Art Festival telah berkampung di Universiti Kebangsaan Malaysia selama seminggu bagi menjalani program yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Perkampungan mereka banyak didedahkan dengan keunikkan dan kepelbagain budaya di Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum dan bangsa. Kepelbagaian ini telah menarik minat mereka untuk terus meneroka dan mengetahui tentang keunikkan Malaysia. Ini telah membuktikan penganjuran UKM Asean Art Festival telah membuka mata pihak luar Malaysia merupakan negara yang kaya dengan budaya dan kepelbagaiannya.

Acara pada malam tersebut bermula pada jam 8.30 malam dengan perarakan barisan dif kehormat. Majlis diteruskan lagi dengan acara pembukaan dengan perarakan masuk dari pelajar-pelajar serta tenaga pengajar Pusat Kebudayaan membawa simbolik sultan yang mencemar duli bersama-sama rakyat.Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan silat serta iringan nyanyian lagu Semerah Padi dan bacaan puisi yang begitu bersemangat.Kemudian, pengenalan peserta-peserta yang terlibat.Fokus acara telah beralih ke pengacara majlis yang begitu menyeronokkan dengan interaksi dengan penonton serta sambutan yang diberi oleh para penonton sangat menggalakkan

Acara diterusakan lagi dengan persembahan daripada peserta Thailand yang mengalunkan lagu dengan alat-alat muzik yang mengasyikkan untuk mengiringi tarian solo yang membawa masuk tersendiri serta tiga pasangan penari yang begitu bersemangat. Persembahan daripada pesrta Indonesia juga tidak kurang hebatkan dengan nynyian Ayam Den Lapeg yang mampu mencuit hati penonton kerana rata-rata penonton tahu tentang lagu tersebut dan bersama-sama menyanyikannya dan diserikan dengan tarian yang asyik mengikut rentak.

Tumpuan penonton terus dicuri dengan persembahan dari peserta-peserta Vietnam yang energetik tapi mampu membuai emosi kerana membawa  maksud yang mendalam tarian dipersembahkan dan diselit dengan nyanyian lagu patriotism negara mereka. Selain itu, peresmbahan daripada peserta Laos yang menyanyikan lagu dengan Bahasa ibumda mereka. Biarpun bahasa tidak dapat difahami tetapi jiwa dan emosi yang cuba disampaikan mampu membuat seiisi deawan memberi fokus kepadanya. Peserta daripada Filipina tidak kurang hebatnya dengan mengisi persembahan mereka denagn tarian-tarian yang unik dan baru bagi rakyat Makaysia kerana tidak pernah dipertontonkan di Malaysia.Setiap tarian yang disampaikan mempunyai maksud tersendiri dan menjadi kebanggaan rakyat Filipina kerana keunikan budaya mereka. Slot terakhir diisi oleh Artisukma daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang mewakili Malaysia.Persembahan mereka dimulakan dengan penceritaan zaman kesultanan melayu Melaka seterunya persembahan silat dan tarian zapin yang begitu menarik dan segar susunan lenggoknya.Acara pada malam itu ditutup dengan persembahan daripada pelajat antaranbangsa UNITEN yang fasih berbahasa Melayu daripada Sudan dengan menyanyikan lagu Ghazal Untuk Rabiah bersama wakil pelajar UKM .Sebelum majlis berakhir peserta yang terlibat diberi penghargaan dengan penyampaian cenderamata untuk mereka oleh dif kehormat.

Penganjuran program seperti ini sangat bagus bagi mengangkat budaya di Malaysia ke luar negara  serta memberi kesedaran  kepada masyarakat di Malaysia budaya tidak akan dapat dilupuskan kerana ia sentiasa tercatat dalam sejarah sesebuah negara.Budaya juga sesuatu untuk dibanggakan bukan dilupakan kerana keunikan tersendiri.Program ini juga telah membuka mata setiap orang terutamanya pelajar tentang kepentingan budaya bukan sekadar memperkenalkan negara ke peringkat antarabangsa tetapi menjadi titik permulaan perpaduan antara negara di dunia. Ini telah dibuktikan dengan keberkesanan dan kejayaan UKM Asean Art Festival yang menyatukan beberapa buah negara di Asia Tenggara hanya dengan objektif utamanya memartabatkan budaya.

Dari segi penambahbaikan program seperti ini adalah dengan membuat penganjuran bukan sekadar di peringkat Asia Tenggara tetapi Asia atau lebih tinggi dengan promosi yang lebih efektif dan kolabrasi dengan persatuan-persatuan kebudayaan lain atau pihak kerajaan bagi menjayakan program yang mampu memberi impak bukan sekadar di Malaysia tapi pentas dunia

p/s: Nampak tak usaha nak tulis macam buletin baru belajar kita manfaatkan...







No comments:

Post a Comment