Monday, 28 November 2016

"MIDSEM"

Mana-mana budak universiti mesti tahu apa itu "midsem" kan? hahahahah .Soley pon tak tahu lah kenapa dia panggil "midsem" yang membawa maksud ujian pertengahan semester.Tapi takpelah kita ikut sahaja ..

Menjadi pelajar universiti yang pertama kali nak periksa "midsem" cuak nya bukan main sedangkan konsep nya sama jer ujian pertengahan tahun dekat sekolah rendah, sekolah menengah dan matrik.Mungkin kelompoknya lebih besar dan segalanya atas diri sendiri.

Masa nak "midsem" soley sibuk melunaskan "degree teater" sampai lupa "midsem" dah dekat..huhuhu... Nasiblah ada sahabat sekeliling yang ingatkan terutama si gedik Izzati Amir nihh. Jadi kita kembali ke pangkal jalan untuk menjalankan tanggungjawab soley nih.

Soley bersama zaty mengambil keputusan untuk tak datang ke latihan teater bagi fokus kepada "midsem".Kami hanya fokus pada tips yang diberi oleh Dr dan bagi soley sangat berguna. Dan disaat itu baru tersedar yang pentingnya tumpuan di dalam kelas..yaaaa adik-adik FOKUS ITU PENTING.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar ...dan bertawakal kepada allah

No comments:

Post a Comment