Wednesday, 30 November 2016

Kerinduan Melanda

Bila duduk bilik seoarang diri mengenang nasib nihh mula lah ingat dekat keluarga. Teringat mak ayah adik-adik. dari tingkatan satu dah duduk jauh dengan keluarga bila dah besar nihh mula lah terasa lama tak duduk dengan keluarga. Terasa jauh sangat dengan diorang.

Kadangkala menitik juga air mata teringat rumah. uhuhu. Maklumlah hati nih senipis tisu maka bederai lah tangisan terutama bila jatuh sakit bila rasa tertekan. Biasanya semua kongsi dengan keluarga tapi sekarang tak semua boleh kongsi fuhhhh...sebab takkan nak telefon setiap kali ada masalah.Masalah akan ada setiap hari huhuhuhu

Lagi pun dah makin besar sekarang takkan semua masalah nak bercerita. Kena cuba selesaikan sendiri sebab kita dikurniakan akal untuk berfikir secara rasional. Setuju tak??  Setujuuuuuuu sendiri tanya sendiri jawab hahahahah sebab kita perlu bijak buat keputusan sendiri. Jangan sibuk bergantung pada tali manusia yang belum tentu kukuh dan jujur menghulur . ehhh tiba-tiba emosi. Biasalah manusia kan.Hatinya berubah-ubah.

Berbalik pada landasan cerita kita yang tadi dah melarat.Macam mana jauh kaki nuh melangkah rumah yang usang juga dikenang kerana di situ kau membina kehidupan dan mencari erti kehidupan. Tanpa perkenalan panggilan ayah dan mak kita tak tahu apa itu matematik , sains, akaun dan semua ilmu yang wujud di bumi nihh. Biarpun latar belakang kita hitam kelabu atau kuning pasti ada secalit kebahagian yang mungkin tidak nampak di mata kasar orang tapi hanya redup mata kita yang melihat dan hati yang merasa.



No comments:

Post a Comment