Monday, 28 November 2016

Seni

Bilamana perkataan seni terpacul pasti perkara pertama yang difikirkan adalah lukisan, araca, ukiran dan yang sewaktu dengannya. Hakikatnya seni ni sangat luas untuk digambarkan. Satu garisan lurus pun mampu membawa pelbagai maksud. Seni juga mempunyai pecahan yang besar seperti seni lakonan, seni nyanyian, seni halus, seni pertahankan diri dan seni tarian.

Soley sangat minat dengan seni lakonan dan nyanyian dari kecik lagi tapi tiada peluang yang luas dan terbatas. Jadi soley dah tekad dalam diri dekat universiti soley nak capai impian soley.Soley sanggup daftar kelas citra teater bangsawan untuk belajar asas lakonan di atas pentas dan masuk kelab teater rimba dekat UKM . Walaupun tak banyak yang soley dapat tapi sangat bermakna bagi soley.

Kemudian satu lagi peluang lalu depan mata soley. Kelab teater rimba (ktr) anjurkan Festival Teater 2.0 atau lebih dikenali sebagai FESTER2.0. Jadi soley ingat nak jadi ajk untuk tambah pengalaman dalam pengurusan rupanya sesuatu yang lebih besar dah tunggu didepan.

Kelab Teater Lentera Kajai nak ambik bahagian dalam fester jadi mereka mula cari bakat di kajai nih. Pada mulanya soley nak sangat sertai mereka tapi memikirkan tanggungjawab lain menunggu dilaksanakan, soley ketepikan niat tuhh.

Pada malam ujibakat soley lari-lari dari ditarik untuk ke ujibakat tapi salah sorang "senior" dia jumpa soley dan pujuk untuk pergi ujibakat yang dah habis hahahahah....dan ditambah perisa pulak "senior" lagi sorang yang banyak berjasa dekat soley. Soley nihh memang jenis kalau orang yang berjasa datang minta tolong lain sikit susah nak tolak.

Sesi pujuk memujuk pun berlangsung dan akhirnya kecundang dan pergi ujibakat dengan tak hafal skrip dan tak faham watak....beberapa hari kemudian soley diterima masuk untuk fester sebagai pelakon..huhuhu .Mungkin dah tertulis soley akan masuk teater walaupun bertindih dengan kerja lain.Soley cuba sedaya upaya..


Nak tahu selanjutnya.....Nantikan bahagian 2

No comments:

Post a Comment