Monday, 28 November 2016

AYAH DADDY WALID BIG BOSS BOYFRIEND

Soley punya panggilan untuk seorang bapa sangat banyak sebab setiap panggilan tuhh ada maksud tersirat dan biarlahh soley sorang jerr tahu. Paling suka panggil Daddy sebab bila nak sesuatu soley akan panggil Daddy heheheh.

Orang kata kalau anak sulong perempuan mesti rapat dengan ayah tapi soley tak mengiakan kenyataan tuhh dan tidak meniddakan kenyataan tuhh sebab setiap orang ada pendapat tersendiri.Bagi soley ibu bapa adalah manusia paling penting dalam hidup nihh sebab tiada diorang tiadalah kita.Tapi hari ini soley nak cerita pasal ayah sebab baru jerr baca artikel ayah dekat Facebook. 

Ayah memang suka menulis dan soley sangat suka penulisannya sebab apa yang dia tulis ikhlas dari hati dia bukan untuk bermegah atau mendabik dada dengan apa yang dia miliki.Siapa yang berminat boleh pergi Facebook:Nasri Abidin. 

Ayah seorang yang bukan kejar kemewahan tapi cita-cita di dada sangat tinggi. Dia pernah cakap "Ayah boleh pilih untuk kaya tapi ayah akan hilang masa dengan korang, jadi ayah pilih korang tinggal kan kemewahan". Saat itu soley berfikir setiap penat jerih dia untuk kami sekeluarga. Ayah seorang guru biasa tapi punya jiwa luar biasa. Dia mendidik anak bangsa bukan duit yang akan amasuk dekat akaun tiap bulan tapi kepuasan dia cari dalam diri. Dengan mata soley nihh jugak soley tengok jatuh bangun ayah dalam perniagaan. Ayah sangat minat berniaga sebab tuhh anak dia nih ikut. Sekarang ayah aktif bagi motivasi pada sekolah dan teknik belajar . Tapi ayah selalu cakap ayah bukan buat program motivasi tapi program transformasi minda.

Apa itu transformasi minda? Ayah kata dia selalu dengar orang kata susah nak berjaya sebab minda dia dipenjara dengan kata-kata negatif yang menyebabkan kaki mereka diikat, badan mereka terjerut dan mulut mereka terkunci.Jika mereka berjaya keluarkan minda dari penjara itu pasti puncak kejayaan milik kita.Itulah yang ayah cuba buat.Bukan bukakan kunci penjara tapi berikan mereka kunci dan cara tapi mereka perlu bertindak.

Biarpun sumbangan ayah kecil pada anak bangsa tapi dia bangga kerana dia berjaya sumbang sesuatu. Ayah tak pernah kesah soal bayaran sebab ilmu yang diberi itu lebih utama dan bermanfaat. Pernah suatu ketika bayaran diterima tidak lepas duit tol dan minyak untuk pergi dan soley sendiri jadi fasilitator program ayah. Ayah cakap ini rezeki untuk kita sekeluarga dan dapatlah ayah bawak anak-anak ayah makan hari nihh. Runtunnya jiwa asoley sebagai seorang anak.

Jika nak diceritakan soal ayah terlampau banyak.Ayah soley tidak hebat mana tapi apa yang dibuat jadi inspirasi hidup soley. Walaupun bersusun nama idola soley ayah tetap nombor satu. 

Ketika soley ditemuduga sebelum masuk UKM "kenapa pilih UKM?"

Ini jawapan spontan soley tanpa direka "Kehidupan saya diinspirasikan oleh ibu ayah saya dimana bumi mereka pijak di situ juga saya akan menapak pada bekas tapak kaki mereka untuk jadi seperti mereka atau lebih baik In Shaa Allah"















No comments:

Post a Comment