Di pendekkan cerita soley terpilih dan dapat naskah daripada pengarah. Jadi soley fahamkan sampai lah hari "script reading" yang soley sendiri tak pernah lalui. Jadi tahap ingin tahu saat itu sangat tinggi. Setelah beberapa jam baru lah soley faham tujuannya untuk bagi pelakon faham dan selaraskan skrip tuhh dengan kebiasaan pelakan untuk sampaikan. Lama juga proses dan banyak kali aturan naskah diubah.
Seterunya, soley pergi latihan setelah masa dan hari ditetapkan. Ingatkan terus berlakon rupanya tidakkkkk. Perlu dapatkan penjiwaan dulu kata nyaaa. Soley ambil mudah pada mulanya. Rupa-rupanya bahagian ini sangat penting dan membantu semasa pementasan. Bahagian ini macam ada roh lain masuk badan kita dan terhasil lahh watak kita.
Nak tahu apa watak soley?? Apa ehh?? hemmm ...Mulanya soley memegang watak yang emosi dan berat yang soley rasa kemampuan soley tercabar. Setelah beberapa hari menggali dengan bantuan produksi Alahamdulillah soley dapat jiwanya....Tiba-tiba salah seorang pelakon tak dapat bawak wataknya jadi felo penasihatku bersetuju menukarkan watak kami atas permintaan pealakon tersebut. Pada mulanya kecewa jugak sebab soley dah buat "homework" watak tuhh.huarghhhhh.....Tapi takpe lahh kita melepasakannya untuk yang terbaik
Sesi latihan atas pentas pun bermula....
Mula-mula malu juga nak berlakon dekat pentas orang tengok kita..heh Tapi bila kita faham dan yakin dengan watak kita satu semangat lain datang dan kita akan buat begitu sahaja. Eh lupa nak cakap soley bawak watak ala-ala mami jarum tapi versi PERAK. Loghat kegemaranku kerana negeri kelahiranku dan tempat soley membesar
Pada sesi latihan biasalah kena marah maki bagai sebab orang nak yang terbaik daripada kita. Bukan untuk diorang tapi diri kita sendiri. Tapi perkara itu lah yang didik kita . Bak kat tuan pengarahku " teater ini memanusiakan manusia" . Sesi latihan diteruskan dengan idea dan olahan yang variasi. Banyak benda baru soley belajar contonya olah tubuh, olah vokal dan lontaran suara sampai hilang suara.
Suatu hari soley jatuh sakit menyebabkan soley terpaksa berhenti berlatih hampir seminggu . Serba salah sangat pada yang lain sebab dah menyusahkan mereka.Tapi rezeki menyebelahi soley, soley dapat teruskan latihan.
Beberapa hari sebelum latihan produksi kami didatangi dua orang insan yang murah hati mengajar ilmu teater yang berharga dan belum tentu orang lain sudi mengajar.Alhamdulillah...
KONFLIK? Mesti lah ada sebab ini kehidupan tapi berbekalkan pemikiran yang rasional dapat diselesaikan.
Tibalah hari pementasan. Berdebar dia allah yang tahu. Sebelum tuhh kami ada buat persembahan depan warga kolej tapi momentum soley pada tuhh mendadak jatuh menyembabkan soley rasa takut untuk pementasan.
Bila nama kolej kami dipanggil bermula lahh pementasan kami . Soley cakap pada diri "Jangan kecewa macam sebelum nihh buat sehabis baik" . Sejam suku pementasan kami bagai tidak terasa. Soley dah luahkan segalanya. Dan buat pertama kalinya soley sangat puas dengan apa yang soley dengan komen yang positif dan membina .. Alhamdulilah
Masa pementasan berlangsung soley cuba fokus 200% walaupun debaran dia ya allah tak tahu nak cakap macam mana. Tapi semangat orang ramai dalam panggung dan orang-orang yang banyak bantu soley. Soley teruskan selagi daya. Alhamdulillah soley puas hati apa yang soley buat. Dan tak endahkan kritikan yang menjatuhkan di sekeliling.
MENANG? Siapa yang masuk pertandingan tak nak tapi soley serahkan pada rezeki. Dia maha Adil. Misalnya kemenangan bukan milik kami tapi soley tetap rasa juara. Bukan bangga diri tapi jika dibandingkan ilmu, kepuasan dan pengalaman yang dimiliki cukup buat soley gembira.
In shaa allah malam ini majlis anugerah kepada pemenang. Jika rezeki berpihak pada kami ALHAMDULILLAH tapi jika sebaliknya kita ambil positif pasti ada sesuatu yang baik dimasa depan..Pinjam ayat mak heheh.
No comments:
Post a Comment