Thursday, 1 December 2016

PENCARIAN

Kehidupan ini kadangkala sebuah pencarian yang tiada penghujung kerana apabila satu kau ketemui kau akan mahukan lebih lagi sedangkan kau belum sempat menghargai dan berasa puas apa yang kau miliki.

Jika orang tanya apa pencarianku.Tiada jawapan kerana kadangkala keliru dengan apa yan dicari sehingga tiada yang dicari tetapi lebih kepada menanati

Tetapi keyakinan yang dimilikki akan meneruskan kaki ini melanggakah apa yang sebenar yang dicari. Biarlah orang kata sesat tiada tuju tetapi kesesatan itu mampu buat kan berdirinya tubuh ini dalam pencarian belum pasti tetapi matlamatku hanya lah satu.

Biarkan tubuh badanku yang berbicara mewakili diriku kerana ia lebih baik daripada mulut manis menutur bicara. Kepala ligat menyusun strategi teatapi bila disoal apa hasilnya. Kaku diri berdiri mencari jawapan kerana tiada. Rekaan juga tiada guna kerana saat itu bukan hati yang berbicara tetapi nafsu yang cuba mengawal tubuh.

Bagai mengalir arus deras di lata menongkah arus melawan halangan memecut laju tetapi masih bergerak mengikut masa dan kesesuaian masa. Moga diri ini mampu menjadi sepertinya mampu hadapi cabaran menjadi lain dari orang tetapi masa berdiri dibarisan hadapan untuk sentiasa mengetahui dan menjadi utama dalam peredaran masa

No comments:

Post a Comment