Saturday, 3 December 2016

cinta

Lumrah dalam diri seorang manusia ada rasa cinta dalam dirinya tetapi interpretasi setiap individu tentang cinta itu berbeza

Ada yang kata cinta itu hubungan antara kita apabila ada rasa yang sama. Ada pula yang kata cinta itu rasa yang tidak akan terungkap dengan kata kerana terlalu bernilai. Bagi soley cinta adalah perasaan dalam individu yang tidak perlu ada timbal balik dari mana-mana pihak kerana itu adalah rahsia hati

Bila sebut soal cinta pasti ramai yang akan fikir ini cerita cinta monyet nihhhh.....Tidak!! Salah!! Bagi soley cinta itu suci kerana pemilik Maha mencintai itu terlalu mulia dan tiada duanya

Untuk kita jatuh suka dan sayang pada sesiapa sememangnya mudah kerana itulah fitrah manusia. Sama juga cinta fitrah manusia tetapi tidak semudah kata sayang dan suka kerana rasa cinta itu unik dan aneh. Hanya yang memahami dan yang pernah melaluinya. Ungkapan cinta dibibir belum tentu itu cinta tetapi kasih sayang dan rasa suka sebenarnya.

Ibarat rasa cinta kita buat ibu bapa tidak terungkap dibibir tetapi dihati sentiasa berzikir.. Dimana buktiknya? Saat kau sedih, gembira, sakit, susah dan senang nama siapa meniti dibibir nama siapa berlegar dihati nama siapa terlintas difikiran. Sebab? Sebab rasa  didalam hati kau terus menyatu pada mereka sebelum kau lahir lagi telah tersemai.

Sama juga rasa cinta kau pada seseorang bukan semudah jatuh sayang dan suka tetapi keikhlasan hati itu yang buat rasa kau bersatu walau tiada komunikasi. Tidak pelik si buta jatuh cinta pada si bisu kerana komunikasi mereka dengan rasa didalam lubuk hati yang dalam bukan hanya ungkapan .

Hargailah saay cinta bertandang dihati bukan dimata kerana ia mampu membutakan mata tetapi menenagkan jiwa




Tidak salah mencari rasa cinta tetapi kembalilah pada pemiliknya saat kau dipinjamkan sementara

No comments:

Post a Comment