Masa dekat matrik melaka soley kenal dirang nihhh
Walaupun dipinjamkan seketika tapi cukup membahgiakan. Mereka buat soley kenal erti persahabatn biarpun jauh dimata tetapi dihati kami cukup kuat pertaliannya. Disaat orang lain mempunyai "goals" tapi kami hanya ingin persahabatan kami bukan sekadar di matrik tapi hingga lepak di taman syurga bersama.
Kami masing-masing memiliki latar belakang berbeza dan perangai ikut kepala memasing tetapi kasih sayang menyatukan. Tidak perlu disoalkan kerana itu bukan lagi isu besar kerana kami keluarga. Berkongsi segalanya hingga korbankan jiwa.
Nana (tudung hitam) walaupun dia anak sulong tetapi macam adik bila dengan kami. Bila sedih mudah airmata menitis. Merengek inginkan sesuatu untuk kami tunaikan.Tetapi dia seorang pendengar yang baik dan sangat memahami, hatinya lembut
Ila aka bo...roiii hahah dia penyeyap sangat tapi bila dia mula berkata pasti berdesing dihati. Kata-kata dia pedas dan tuju tepat tapi itu yang buat kami sedar bila kesalahan memasing. Kelemahan yang dimiliki ytak pernah buat dia luntur semangat tapi usaha yang berganda buat dia jadi seorang yang hebat.
Zafirah aina aka japppp aka pemandu jalan raya berhemah naunau. Otak sentiasa masuk air kalau bercakap nak menang dan bahasa dia sentiasa indah-indah berlaka tapi soley tetap sayang dia. Nampak ganas tapi hati senipis tisu dua helai sebab soley sehelai lagi nipis dari dia. Pendengar sentiasa cerita soley dah macam awek soley.
Nursyahiratullah atau noami manusia yang sangat berjasa pada soley , yang ada disis soley bila-bila amasa dan pembakar semangat soley. Untuk ungkap rasa sayang soley pada dia tiada. Orang pertama akan seka air mata soley,orang pertama bersorak saat gembira soley. Tapi dia suka pendam masalah dalam diri hingga soley rasa serba salah. Dia tidak pernah kecewakan soley sepanjang kenal. Hati dia terlalu baik untuk orang sakiti. Bila ada yang buat noami soley rasa nak tampar laju..geramm
Babah fikri yang hati senipis roti canai dan sentiasa jadikan soley kaunselar rumah tangga. Orannya segak bergaya kata oarang macam aiaman hakim redza tapi soley tak nampak eheh... suka sangat bermadah dan minat baca novel sangat sayang pada ezaaaaa
Ezaaa "my princess" orannya cantik pandai bdrgaya suka "make up" bab berniaga boleh tabikk lahh dia .. manja juga orannya soley suka tengok bila dia makan dan bercakap. Badan kecik tapi nafsu makan sama naik dengan soley dia kata soley pakar motivasi dia walaupun tidak. macam-macam dia nihh
Hasbul hadi... Orang yang buat soley banyak berfikir sebab dia banyak cakap hehe. Tapi baik orannya tinggi cita-cintanya. Dia tak pernah sekali berkasar dan tinggi suara dengan soley,suka bergurau dan sangat menghargai kawan. Dia nak masuk UKM tapi takdapat kesian dia. Kami satu kampung.Dia kawan lelaki pertama yang keluarga soley kenal dan soley isteri kedua hadi selagi hadi tak kahwin hahah
Ini lah kawan-kawan,sahabat dan keluarga kedua soley yangbtak pernah kecewakan soley sebab kasih sayang antara buat kami buat ikatan kami jadi sangat kuat. Moga kekal sampai dapat lepak tepi sungai syurga . In shaa Allah
No comments:
Post a Comment