Friday, 2 December 2016

FOOD HUNTER

Bagi menyelesaikan tanggungjawabku yang telah diamanahkan soley telah menjejakkan kaki ke MAHA 2016 yuhuuuu...

Walaupun setiap tahun pergi sini tapi tetap tidak pernah mengecewakan tapi sebenarnya kecewa sebab ada masa kurang dari sejam sahaja tadi huhuhu. Sebab tujuan asal datang untuk jalankan amanah tapi rezeki pulak kerja habis awal maka kita meronda lahhh. Dengan kesukaan ku adalah makanan maka ia bagai syurga hahahah. Tema tahun ni "OUR FOOD OUR FUTURE" , rasa macam tepat jerr temanya hahahah.

Walaupun masa sejam kita tetap berpuas hati. Sebab apa biar soley bagi tips sini sebelum pergi MAHA.... buat kajian sikit gituhhhh hahahah tempat mana yang seronok sebab tapak MAEPS ini besar dan kau akan letih berjalan kalau tade hala tuju. Jadi begini :

1. buat kajian maha sebelum ini dewan mana yang mengujakan sambil tuhh buat pemerhatian tahun ni apa yang baru dan tengok komen orang yang dah pegi tahun ni

2. sampai tempat maha dapatkan peta kawasan

3. tanya dekat sukarelawan yang sangat bagus tahun ini apa yang seronok

4. terus tanda dekat peta mana nak pergi terus tuju dekat situ ikut turutan 

Dekat maha ini kita bergerak dengan TRAMP tapi kalau larat nak jalan kaki saya tetap tak sarankan...

Okayy sambung cerita soley. Sejam yang diberi maka soley dan sahabat pemburu makanan ku Zaty terus tuuju ke "FOOD EMPIRE"  yang dimana tempat dikumpulkan makanan yang popular di Malaysia.. WOW sangat seronok yerr. 

Maka kami memborong lahhhh sempat jupa FAFAU lagi baik orangnya lembut bercakap jatuh cinta saya awwww. Okay kami berjalan-jalan dan harta yang diperolehi penuh ditangan uyeahhhh... Baki masa yang ada kami sempat tinjau satu dewan yang dekat dengan laluan DOME. Tamat masa kita pun berlalu pulang dengan harta rampasan sate tulang, pisang cheese, ayam pusing,ketupat,rendang tok, biskut, kambing dan air my kopie... LAZATTT

Puas sangat hari ini walaupun dapat masa singkat jerr.... Harap dapat pergi lagi macam selalu hehe

No comments:

Post a Comment