Friday, 2 December 2016

EMOSI

Mencari apa sebenar itu emosi yang sering menjadi permasalahan orang. Kata orang emosi perlu baik untuk hidup yang terurus tetapi apakah maksud emosi yang baik??

Bagi soley apabila soal emosi dijadikan isu dia berkait dengan akal dan hati manusia. Ini hanyalah idea sukapang yang soley ada.

Emosi yang baik bukanlah saat kau positif dua puluh empat jam tetapi emosi yang baik apabila setiap pergerakan, tingkah laku dan pertuturan kita dikombinasikan dengan pemikiran yang rasional dan rasa didalam hati terus emosi terluah didalam hati

Ada orang merasakan berada didalam emosi yang baik adalh bagus tetapi tidak bagi soley kerana dengan akal yang waras dan sekeping hati yang keras-keras kerak nasi jika orang melakukan kejahatan terhadap kita adakah rasional untuk semudah satu dua tiga atau ABC untuk kita memaafkan. Setiap orang mempunyai cara untuk meluahkan rasa tetapi ada kawalan.

Secara umumnya bagi soley emosi yang baik bukanlah sentiasa berada keaadan yang baik tetapi cara kita meluahkan itu dan kawalan itulah yang terbaik. Contohnya, seseorang yang berada didalam masalah keluarga yang memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa. Dia boleh meluahkan rasa sedihnya dengan apa cara sekali atau dengan sesiapa sahaja tetapi emosi perlu dikawal seperti tidak sampai mengeluarkan kata-kata kesat atau mengherat pihak ketiga yang mendengar dalam masalah tersebut.

Jadilah manusia yang emosinya bukan mengawal dirinya tetapi emosi yang mampu dikawal kerana kita punya keistimewaan akal dan hati yang bersih .


No comments:

Post a Comment